Anakanda kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Zerafina mendahului senarai 98 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-80 baginda hari ini.
Anakanda kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Zerafina mendahului senarai 98 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-80 baginda hari ini.
Tengku Zerafina dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Dihormati (D.K.II).
Pada istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling.
Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Mazlan Mansor, Pengarah Eksekutif YTL Corporation Berhad Datuk Mark Yeoh Seok Kah dan Perunding Pakar Bedah Ortopedik Subang Jaya Medical Centre Datuk Dr Anuar Onah pula menerima Darjah Kebesaran Dato' Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) membawa gelaran Dato' Setia.
Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mendahului senarai 16 penerima bagi Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.
Advertisement
Turut menerima anugerah sama Pegawai Kewangan Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor Datuk Rizam Ismail, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Aedy Fadly Ramli, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor Dr Jafri Abu