Ringkasan AI
- Peningkatan harga bahan api akibat konflik di Asia Barat dijangka memberi impak besar kepada industri penerbangan global, dengan bahan api merangkumi sekitar 30 peratus kos operasi syarikat penerbangan.
- Syarikat penerbangan berkemungkinan menilai semula strategi operasi termasuk menaikkan tambang, menstruktur semula laluan, atau menggantung laluan yang kurang strategik bagi mengurangkan kesan kenaikan kos.
- Situasi ini turut berpotensi menjejaskan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, khususnya dari segi tempoh perjalanan dan minat pelancong antarabangsa ke Malaysia.
KUALA LUMPUR: Peningkatan harga bahan api susulan konflik di Asia Barat dijangka memberi pelbagai impak kepada industri penerbangan global, memandangkan kira-kira 30 peratus kos operasi syarikat membabitkan komoditi itu.
Pengarah Eksekutif My Mobility Vision Sdn Bhd, Rahman Hussin berkata kenaikan kos tersebut berpotensi memaksa syarikat penerbangan menilai semula strategi operasi termasuk menaikkan tambang penerbangan.
Advertisement
Menurut beliau, syarikat penerbangan juga mungkin mengambil langkah lain seperti menstruktur semula laluan penerbangan atau menggantung sementara laluan yang kurang strategik dan mempunyai permintaan penumpang yang rendah.
MARA PERKASAKAN USAHAWAN BUMIPUTERA
Rahman menjelaskan kenaikan harga bahan api tidak hanya memberi kesan kepada tambang atau laluan penerbangan semata-mata, sebaliknya turut meningkatkan kos keseluruhan perkhidmatan penerbangan.
“Sekitar 30 peratus kos untuk mengoperasikan sesebuah pesawat adalah bahan api. Namun kesannya lebih kompleks kerana apabila harga bahan api meningkat, pelbagai komponen lain dalam perkhidmatan penerbangan turut mengalami kenaikan kos,” katanya ketika di temu bual dalam program Niaga AWANI pada Selasa.
Satirical Maps Mock Strait of Hormuz Oil Crisis
I have a solution pic.twitter.com/WpApjBauRb
— Terrible Maps (@TerribleMaps) March 11, 2026
Pada masa sama, beliau berpandangan situasi tersebut juga berpotensi memberi kesan kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), khususnya dari segi tempoh perjalanan dan pilihan laluan penerbangan antarabangsa.
Menurut Rahman, konflik di Asia Barat boleh menyebabkan perubahan laluan penerbangan yang seterusnya memanjangkan tempoh perjalanan dan menjejaskan minat sebahagian pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.
“Perubahan laluan mungkin menyebabkan tempoh perjalanan menjadi lebih panjang dan ini boleh menjejaskan minat sebahagian pelancong.
“Sebagai contoh, laluan seperti London ke Kuala Lumpur yang sebelum ini melalui transit tertentu mungkin perlu diubah atau mencari laluan alternatif,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat syarikat penerbangan perlu segera mengambil langkah strategik termasuk melakukan penilaian semula kos dan operasi bagi mengurangkan kesan yang lebih besar terhadap industri penerbangan susulan konflik tersebut.
PRISMAnita (Perantara Rujukan, Intervensi, Sokongan, Maklumat dan Advokasi untuk Wanita)
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata PRISMAnita (Perantara Rujukan, Intervensi, Sokongan, Maklumat dan Advokasi untuk Wanita) permudah akses khidmat sokongan wanita secara menyeluruh. #KementerianKomunikasi #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI pic.twitter.com/k0u9rUangU
— Kementerian Komunikasi (@komunikasi_gov) March 11, 2026
Sehubungan itu, beliau berpendapat syarikat penerbangan perlu segera mengambil langkah strategik termasuk melakukan penilaian semula kos dan operasi bagi mengurangkan kesan yang lebih besar terhadap industri penerbangan susulan konflik tersebut.