KUALA LUMPUR: SHAH ALAM – [KEMAS KINI] Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa pihak penganjur program ‘Glamping with Pride’ agar menghormati hak kaum majoriti dalam negara ini serta tidak melampaui batas dan norma budaya masyarakat.
Menurutnya, undang-undang tersebut menolak sebarang penganjuran, promosi atau normalisasi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) secara terbuka kerana ia bertentangan dengan nilai masyarakat yang sihat dan boleh mengganggu ketenteraman awam.
Advertisement
“Asas bantahan itu berteraskan prinsip Islam sebagai agama Persekutuan yang jelas menolak sebarang aktiviti mempromosikan nilai dan budaya yang bercanggah dengan agama Islam.