Skip to main content
Soo-Hyun nafi jalin hubungan dengan gadis bawah umur

Soo-Hyun nafi jalin hubungan dengan gadis bawah umur

Pelakon Korea Selatan, Kim Soo-Hyun pada Isnin menafikan dakwaan dia menjalin hubungan dengan mendiang Kim Sae-Ron ketika pelakon itu masih di bawah umur.

Dalam satu sidang akhbar, Soo-Hyun berkata dia sentiasa terbuka untuk mengakui kesilapan, namun bukan untuk perkara yang tidak pernah dilakukannya.