Skip to main content

Gaya Hidup

WEF 2026: Macron hantar mesej jelas kepada 'kaki buli' - Gaya Hidup

This is Alt text for Image
This is the caption

DAVOS:

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan bahawa Perancis dan Eropah akan terus mempertahankan prinsip undang‑undang antarabangsa serta multilateralisme yang berkesan, ketika berdepan peningkatan kecenderungan global ke arah “kuasa yang lebih kuat mengatasi segalanya”.
Berucap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada Selasa, Macron berkata Perancis memilih “rasa hormat berbanding pembuli” serta “kedaulatan undang‑undang berbanding tindakan yang bersifat keras”.
Tanpa menyebut mana‑mana negara secara langsung, beliau merujuk kepada tekanan kuasa besar yang dilihat semakin mencabar kerangka peraturan antarabangsa.
Macron dibuat ketika hubungan antara Paris dan Washington berada dalam fasa tegang susulan beberapa tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, termasuk pendedahan mesej peribadi Macron di laman sosial serta ancaman mengenakan tarif tinggi terhadap produk wain dan champagne Perancis
 
Paris sebelum ini turut menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan penubuhan Board of Peace, sebuah badan baharu yang dicadangkan Trump untuk dipengerusikannya, kerana dikhuatiri boleh menjejaskan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam isu Greenland, Macron juga mengambil pendirian lebih tegas berbanding kebanyakan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dengan menggesa blok itu mengaktifkan instrumen perdagangan paling berkesan sebagai tindak balas terhadap tekanan Washington.

 

Perancis turut menghantar anggota tenteranya ke Greenland atas alasan menyokong Denmark.
Menurut Macron, langkah itu “bukan untuk mengancam mana-mana pihak, tetapi bagi menyatakan sokongan kepada kedaulatan Denmark”.
Presiden Perancis itu turut menggesa EU memperkukuh sokongan terhadap industri Eropah yang menurutnya “semakin terhimpit” oleh persaingan tidak seimbang daripada AS dan China.

Advertisement

Must-Watch Video