SALAH satu kelebihan iPhone berbanding Android ialah kemas kini sistem operasi yang pantas.
Namun, selepas hampir empat bulan dilancarkan pada 16 September lalu, penggunaan iOS 26 masih rendah.
Menurut data Statcounter, hanya 15.17 peratus iPhone kini menggunakan iOS 26.
Sebagai perbandingan, pada Januari 2025 sebanyak 63 peratus iPhone sudah menggunakan iOS 18, manakala versi iOS 18.5 hingga iOS 18.7 mencatat 64.62 peratus.
Penggunaan iOS 26 yang rendah mungkin disebabkan beberapa faktor, termasuk antara muka baharu Liquid Glass yang walaupun menarik, dianggap kurang praktikal.
Apple kemudian memperkenalkan pilihan Tinted pada iOS 26.1 untuk pengguna yang tidak mahu antaramuka lutsinar.
Selain itu, terdapat rungutan mengenai prestasi iPhone yang terjejas selepas kemas kini, khususnya pada peranti lebih lama.
-Amanz