KUALA LUMPUR: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tujuh pertuduhan gagal melaporkan pemberian suapan berjumlah RM5,100 untuk membantu melepaskan warga asing daripada pemeriksaan, dua tahun lalu.
Mohd Rahmat Mat Yusoff, 47, yang memakai baju kemeja berwarna biru gelap itu membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.
Advertisement
Mengikut tujuh pertuduhan, dia sebagai Pegawai Imigresen yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia didakwa diberi suapan wang berjumlah RM5,100 secara pemindahan dalam talian daripada akaun bank milik seorang lelaki ke akaun tertuduh.
Ia sebagai dorongan bagi membantu melepaskan warga asing daripada pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1 dan 2.