KUALA LUMPUR: ANT International, pelabur utama TNG eWallet, menyatakan sokongan terhadap piawaian Universal Commerce Protocol (UCP) yang diperkenalkan oleh Google.
Piawaian terbuka ini membolehkan integrasi dagangan melalui agen AI.
Langkah ini akan membolehkan sokongan pembayaran oleh Ant International diintegrasikan ke dalam chatbot seperti Google Gemini.
Di bawah piawaian tersebut, perkhidmatan AI seperti Gemini mampu memahami pertanyaan pengguna, melakukan pembayaran dan tempahan – semuanya melalui antaramuka perbualan.
Google mengumumkan UCP hari ini, selari dengan jangkaan bahawa dagangan berasaskan AI bakal menjadi sektor utama dalam beberapa tahun akan datang.
Pengguna boleh membuat pertanyaan, perbandingan dan seterusnya memilih produk untuk dibeli.
Dengan sokongan Ant, integrasi serupa berkemungkinan dibangunkan oleh TNG eWallet, sekali gus memudahkan pengguna tempatan melakukan pembelian menggunakan chatbot AI. -Amanz