Skip to main content

Teknologi

Tesla Robotaxi mula tawar perjalanan autonomi terhad di Austin

Ujian terbaharu Tesla menyaksikan kenderaan beroperasi tanpa individu di dalamnya, walaupun kenderaan pengiring masih mengekori Robotaxi berkenaan untuk pemantauan jarak jauh. -Foto Amanz
Ujian terbaharu Tesla menyaksikan kenderaan beroperasi tanpa individu di dalamnya, walaupun kenderaan pengiring masih mengekori Robotaxi berkenaan untuk pemantauan jarak jauh. -Foto Amanz

Ringkasan AI

  • Tesla telah memulakan ujian perkhidmatan teksi swapandu tanpa pemantau keselamatan di dalam kenderaan di Austin, Texas, seperti yang disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk.
  • Setakat ini, hanya sebahagian kecil kenderaan dalam armada Tesla beroperasi tanpa pemantau, manakala selebihnya masih diawasi sebagai langkah keselamatan tambahan.
  • Elon Musk turut mengumumkan peluang kepada individu yang berminat dalam pembangunan kecerdasan buatan untuk menyertai pasukan Tesla bagi membangunkan teknologi baharu termasuk Kecerdasan Buatan Am (AGI).

AUSTIN: TEKSI swapandu merujuk kepada perkhidmatan kenderaan yang membawa penumpang dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa perlu dikendalikan pemandu manusia.

Konsep ini telah dibangunkan selama bertahun‑tahun dan kini Tesla menjadi antara penyedia yang memperkenalkan perkhidmatan tersebut secara terhad.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, yang berkongsi di platform X bahawa Tesla Robotaxi sudah mula menawarkan perjalanan tanpa pemantau keselamatan di Austin, Texas.

 


Menurut Tesla, hanya sebahagian kecil daripada kenderaan dalam armada itu beroperasi tanpa pemantau, manakala selebihnya masih diawasi sebagai langkah keselamatan.

Sebelum ini, perkhidmatan teksi swapandu memerlukan seorang pemantau berada di dalam kenderaan bagi mengawal situasi jika berlaku sebarang isu semasa perjalanan.

Namun, ujian terbaharu Tesla menyaksikan kenderaan beroperasi tanpa individu di dalamnya, walaupun kenderaan pengiring masih mengekori Robotaxi berkenaan untuk pemantauan jarak jauh.

Elon Musk turut mengumumkan pembukaan peluang kepada mereka yang berminat dalam pembangunan kecerdasan buatan untuk menyertai pasukan Tesla bagi membangunkan teknologi baharu termasuk Kecerdasan Buatan Am (AGI). -Amanz





 

Advertisement

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah itu teksi swapandu?
    A: Teksi swapandu ialah perkhidmatan kenderaan yang membawa penumpang dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa dikendalikan pemandu manusia.
  • Q: Di manakah Tesla telah mula menawarkan perkhidmatan Robotaxi tanpa pemantau keselamatan?
    A: Tesla telah mula menawarkan perkhidmatan Robotaxi tanpa pemantau keselamatan di Austin, Texas.
  • Q: Adakah semua kenderaan dalam armada Tesla Robotaxi beroperasi tanpa pemantau?
    A: Tidak, hanya sebahagian kecil kenderaan beroperasi tanpa pemantau, manakala selebihnya masih diawasi sebagai langkah keselamatan.
  • Q: Apakah langkah keselamatan yang diambil semasa ujian Robotaxi tanpa pemantau?
    A: Kenderaan pengiring masih mengekori Robotaxi untuk pemantauan jarak jauh semasa ujian tanpa pemantau di dalam kenderaan.
  • Q: Apakah peluang yang diumumkan oleh Elon Musk berkaitan pembangunan kecerdasan buatan di Tesla?
    A: Elon Musk mengumumkan peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai pasukan Tesla dalam pembangunan kecerdasan buatan termasuk Kecerdasan Buatan Am (AGI).

Must-Watch Video