Skip to main content

Politik

Kes rasuah bekas PTD: 'Sumbangan, tempoh khidmat tidak boleh jadi alasan elak proses undang-undang'

This is Alt text for Image
Pihak pendakwaan menghadapi cabaran dalam kes yang melibatkan jumlah wang besar serta aspek pembuktian yang ketat.
Sumbangan serta tempoh perkhidmatan panjang mana‑mana anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak dikenakan tindakan undang‑undang.
"Namun ketika ini, beliau merupakan seorang tertuduh dan perlu menghadapi proses perundangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.
Menurut beliau, walaupun kes berkenaan dilihat mempunyai fakta yang jelas, pihak pendakwaan tetap berdepan cabaran tersendiri kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar serta aspek pembuktian yang ketat.
Muhammad Hafizuddeain dan isteri ketiganya dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan menerima hasil aktiviti haram membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM2.19 juta.
Image
Letupan di Universiti Swasta
Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa atas empat pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM2,122,400 antara Februari 2024 hingga November tahun lalu.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima wang haram masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua bank berasingan di Jalan Melaka dan Bukit Damansara di sini, antara 2 Februari 2024 hingga 7 November 2025.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kesalahan atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, isteri ketiga tertuduh, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Rosli Ahmad atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000.
Mengikut pertuduhan, Salwani yang didakwa bertindak sebagai pengawal syarikat Wany Venture, menerima wang RM50,000, RM7,000 serta dua lagi transaksi masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Damansara Heights, di sini antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) akta sama dan dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding membabitkan Muhammad Hafizuddeain, Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan jaminan RM300,000 dengan dua penjamin.
Beliau turut mencadangkan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di pejabat SPRM sekali sebulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Muhammad Hafizuddeain diikat jamin RM250,000 dengan dua penjamin serta tertakluk kepada syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.
Manakala bagi Salwani, mahkamah membenarkan beliau diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin serta tertakluk kepada syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.

Advertisement

Must-Watch Video