Skip to main content

Malaysia

TEST CMS - CEO Bursa Saham Indonesia Iman Rachman letak jawatan

test

JAKARTA: Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Saham Indonesia, Iman Rachman, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa Jumaat.

Keputusan itu dibuat susulan kejatuhan mendadak pasaran saham negara itu yang menyaksikan lebih AS$80 bilion, atau sekitar RM370 bilion, nilai pasaran lesap dalam tempoh dua hari.

Advertisement

Kejatuhan ini tercetus selepas penyedia indeks global, MSCI, memberi isyarat kemungkinan Indonesia diturunkan taraf daripada status pasaran membangun kepada pasaran frontier.

Ia susulan kebimbangan terhadap tahap ketelusan, struktur pemilikan saham serta kecairan pasaran di bursa tempatan.

Walaupun Indeks Komposit Jakarta diniagakan mendatar hari ini selepas pihak berkuasa mengumumkan langkah penstabilan, indeks itu sebelum ini merosot lebih lapan peratus pada Rabu dan Khamis.

Tekanan turut dirasai mata wang rupiah yang diniagakan sekitar 16,800 berbanding dolar Amerika Syarikat, selepas mencecah paras terendah rekod minggu lalu, mencerminkan aliran keluar modal asing.

Iman Rachman berkata beliau mengambil tanggungjawab penuh terhadap situasi itu dan berharap peletakan jawatannya dapat membantu memulihkan keyakinan pelabur serta membuka ruang pembaharuan pasaran modal.

Data menunjukkan pelabur asing telah menjual bersih saham bernilai AS$645 juta dalam tempoh dua hari, menandakan cabaran besar yang masih perlu ditangani bagi memulihkan keyakinan pasaran.

Must-Watch Video