ISTANBUL: ISTANBUL, 5 April (Bernama-Anadolu) -- Serangan dron mencetuskan kebakaran di kompleks sektor minyak Kuwait di kawasan Shuwaikh awal Ahad, lapor Anadolu Ajansi memetik Kuwait Petroleum Corporation.
Menurut syarikat itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pasukan kecemasan dan bomba sedang menangani kejadian tersebut.
Advertisement
Wilayah berkenaan berada dalam keadaan berwaspada sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan udara pada 28 Feb terhadap Iran, membunuh lebih 1,340 orang setakat ini termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei.
Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel selain Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
Konflik menyebabkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU