Skip to main content

Malaysia

LKAN: PRESTASI PELAKSANAAN RENDAH, KELEMAHAN TADBIR URUS JEJAS PROGRAM R&D&C&I [tag: Exco Terengganu]

Ujian terbaharu Tesla menyaksikan kenderaan beroperasi tanpa individu di dalamnya, walaupun kenderaan pengiring masih mengekori Robotaxi berkenaan untuk pemantauan jarak jauh. -Foto Amanz
Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang, Audit mengesyorkan Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) diperkasakan melalui pemantauan Unit Pengurusan Penyelidikan Berpusat bagi memperkemas dan memperkukuh tadbir urus R&D&C&I.

KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Program Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) didapati kurang berkesan susulan prestasi Perbelanjaan Kasar R&D (GERD) dan pelaksanaan projek yang rendah serta kelemahan tadbir urus dan pemantauan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, kelemahan itu menjejaskan keberkesanan program itu walaupun peruntukan signifikan dilaburkan kerajaan bagi memperkukuh ekosistem R&D&C&I.

Advertisement

Laporan itu menyatakan reformasi struktur diperlukan meliputi kawalan kewangan, pembangunan garis panduan, pematuhan perjanjian, pengurusan fasiliti dan aset R&D serta penilaian impak projek bagi memastikan objektif strategik negara dalam inovasi dan teknologi tinggi dicapai menjelang 2030.

Menurut laporan berkenaan, Analisis Audit terhadap impak Program R&D&C&I mendapati lima daripada enam objektif program R&D&C&I dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) belum dicapai.

Selain itu, tiga indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 9.5 juga belum dicapai.

-- LAGI

 

LKAN-R&D&C&I 2 KUALA LUMPUR

 

Analisis Audit juga mendapati kedudukan negara dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) berada pada tangga ke-34 berbanding sasaran 20 negara teratas.

Menurut laporan itu, pencapaian GERD yang direkodkan adalah pada 1.01 peratus berbanding sasaran 2.5 peratus, manakala pencapaian Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan Perniagaan (BERD) hanya 51.37 peratus berbanding sasaran 70 peratus.

Laporan itu juga mendedahkan sebanyak 50 peratus inisiatif jangka pendek Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) belum dicapai, manakala 58 peratus inisiatif jangka pertengahan juga belum dicapai.

Audit turut mengambil maklum ulasan enam kementerian terlibat yang telah diaudit bagi program R&D&C&I.

Berdasarkan rumusan keseluruhan, pihak Audit berpandangan penyelarasan secara berpusat bagi ekosistem R&D&C&I wajar dilaksanakan bagi memastikan penyeragaman dan pengukuhan aktiviti penyelidikan dalam meningkatkan tahap pencapaian serta keberkesanan R&D&C&I.

-- LAGI

 

LKAN-R&D&C&I 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

 

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang, Audit mengesyorkan Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) diperkasakan melalui pemantauan Unit Pengurusan Penyelidikan Berpusat bagi memperkemas dan memperkukuh tadbir urus R&D&C&I.

Langkah itu termasuk penyelarasan dengan kementerian, institusi penyelidikan, universiti dan industri bagi pengumpulan data serta menjejak kejayaan program atau projek untuk memastikan keberkesanan penggunaan wang awam dan kejayaan pelaksanaan inisiatif penyelidikan negara.

Audit turut mengesyorkan penyediaan Garis Panduan Kebangsaan R&D&C&I bagi menambah baik pengurusan dana meliputi tadbir urus, kawalan kewangan, penetapan bidang keutamaan, tahap kesediaan teknologi (TRL), pendaftaran harta intelek serta mekanisme pemantauan dan pelaporan.

Menurut laporan itu, garis panduan berkenaan penting bagi mengelakkan pertindihan skop dan memastikan ketelusan pengagihan dana.

-- BERNAMA

 

TAG: LKAN 1/2026, audit, R&D&C&I

 

Must-Watch Video