Ringkasan AI
- Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 mendedahkan 24 daripada 42 syarikat subsidiari lima Agensi Persekutuan mencatatkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, dengan jumlah kerugian RM466.57 juta pada 2024.
- Pada 2024, 80 daripada 211 syarikat subsidiari membayar dividen RM2.634 bilion kepada 30 Agensi Persekutuan, termasuk sembilan syarikat yang membayar dividen RM0.936 bilion walaupun merekodkan kerugian.
- Laporan mengesyorkan usaha penjanaan hasil dipertingkatkan dan kementerian mengkaji semula hala tuju syarikat subsidiari yang rugi serta mempertimbangkan penutupan syarikat tidak aktif melebihi lima tahun.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan telah merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan semalam.
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 mendedahkan terdapat kelemahan dalam perbelanjaan dan kawalan dalaman semasa pelaksanaan awal Pembangunan MyDigital ID (Projek MyDID) di bawah pengurusan MIMOS Berhad (MIMOS).
Advertisement
“Pada 2024, sebanyak 24 syarikat subsidiari merekodkan kerugian berjumlah RM466.57 juta yang terdiri daripada 10 syarikat subsidiari yang beroperasi dalam negara manakala 14 syarikat subsidiari beroperasi luar negara,” kata laporan itu.
Berdasarkan penyata kewangan beraudit syarikat subsidiari bagi tahun kewangan 2024, kerugian yang dilaporkan mengambil kira penjejasan nilai atau rosot nilai dan bayaran faedah kepada agensi induk selaras dengan piawaian perakaunan yang diterima pakai.
Antara syarikat subsidiari Agensi Persekutuan yang melaporkan kerugian termasuklah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Laporan berkenaan turut memaklumkan sebanyak 80 (37.9 peratus) daripada 211 syarikat subsidiari pada 2024 membayar dividen berjumlah RM2.634 bilion kepada 30 Agensi Persekutuan.
Dalam pada itu sebanyak sembilan (11.3 peratus) daripada 80 syarikat subsidiari membayar dividen berjumlah RM0.936 bilion kepada empat Agensi Persekutuan walaupun merekodkan kerugian.
“Analisis Audit mendapati 45 syarikat subsidiari telah membayar dividen tertinggi kepada lima Agensi Persekutuan berjumlah RM2.539 bilion,” kata laporan itu lagi.
Menurut laporan berkenaan, setakat 31 Dis, 2024, pinjaman dan amaun terhutang diberikan oleh 46 Agensi Persekutuan kepada 118 syarikat subsidiari adalah berjumlah RM15.322 bilion.
Jumlah tersebut terdiri daripada pinjaman kepada 15 syarikat subsidiari berjumlah RM2.841 bilion dan amaun terhutang daripada 103 syarikat subsidiari berjumlah RM12.481 bilion.
Sementara itu, sebanyak 105 Agensi Persekutuan pada 2024 mencatatkan lebihan semasa selepas cukai dan zakat berjumlah RM87.213 bilion manakala sebanyak 38 Agensi Persekutuan merekodkan kurangan semasa selepas cukai dan zakat berjumlah RM1.248 bilion.
“Secara keseluruhannya, lebihan semasa Agensi Persekutuan disumbangkan daripada janaan pendapatan aktiviti utama dan penambahan atau pelunasan geran Kerajaan Persekutuan serta hasil daripada faedah pelaburan.
“Manakala kurangan semasa disebabkan oleh penurunan hasil, peningkatan perbelanjaan operasi dan penjejasan nilai pelaburan,” kata laporan itu.
Laporan berkenaan mengesyorkan agar mempergiat usaha dalam meningkatkan penjanaan hasil secara berkesan bagi memastikan Agensi Persekutuan dapat meneruskan operasi berdasarkan usaha berterusan dan berupaya menjelaskan komitmen bayaran balik pinjaman tanpa sokongan kewangan berterusan daripada Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, kementerian juga perlu mengkaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut dan tidak memberikan pulangan yang sewajarnya serta menilai dan mempertimbangkan penutupan syarikat subsidiari yang berstatus dorman atau tidak aktif melebihi lima tahun.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah syarikat subsidiari Agensi Persekutuan yang merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024?
A: Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024. - Q: Apakah jumlah kerugian yang dicatatkan oleh 24 syarikat subsidiari pada tahun 2024?
A: Pada tahun 2024, 24 syarikat subsidiari mencatatkan kerugian berjumlah RM466.57 juta. - Q: Agensi Persekutuan manakah yang syarikat subsidiarinya turut melaporkan kerugian?
A: Syarikat subsidiari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut melaporkan kerugian. - Q: Berapakah jumlah dividen yang dibayar oleh syarikat subsidiari kepada Agensi Persekutuan pada tahun 2024?
A: Sebanyak 80 syarikat subsidiari membayar dividen berjumlah RM2.634 bilion kepada 30 Agensi Persekutuan pada tahun 2024. - Q: Apakah saranan yang dikemukakan dalam laporan Ketua Audit Negara berkaitan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian?
A: Laporan mengesyorkan agar kementerian mengkaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut serta menilai dan mempertimbangkan penutupan syarikat subsidiari yang tidak aktif melebihi lima tahun.