Skip to main content

Malaysia

ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi

Shandong Airline
Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Datuk Malek Razak Sulaiman ketika bertemu pengamal media selepas Majlis Sambutan Mula Tugas Panglima ATM ke-24, di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: ATM akan mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan berhubung pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi pasukan itu.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkata walaupun pembekuan perolehan yang diputuskan kerajaan pada bulan lepas bersifat sementara, tindakan itu memberikan kesan langsung kepada perjalanan operasi semasa ATM.

"Apabila perolehan dibekukan atau ditahan buat sementara, perkara ini akan menjejaskan perjalanan sama ada dari segi pelan pembangunan atau operasi, namun kesan jangka pendek adalah terhadap perbelanjaan operasi yang mengurus rutin tugasan harian yang sedang berlaku sekarang.
 
"Sebarang kelewatan berterusan boleh menjejaskan tahap kesiapsiagaan keseluruhan, kesiapsiagaan kami akan menurun jika perbelanjaan operasi terus dibekukan, ini perkara yang serius," katanya.

Topic Berkaitan

Must Watch Video