SEOUL: Sebuah jet pejuang KF-16 milik Korea Selatan yang terlibat dalam latihan udara bersama Amerika Syarikat di Alaska dilaporkan mengalami kerosakan, menurut Tentera Udara Korea Selatan.
Menurut Agensi Berita Yonhap, dua juruterbang berjaya melenting keluar dari pesawat itu selepas situasi kecemasan berlaku pada 9.02 pagi ketika latihan Red Flag Alaska.
Tentera Udara memaklumkan siasatan akan dilancarkan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
-- BERNAMA